Saturday, 14 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

BINNADWAH JMTI 2012


“Ya Allah sesungguhnya Engkau telah menaungi kami dengan bulan ramadhan, ramadhan akan tiba maka hantarkanlah ia kepada kami dan sampaikanlah kami kepadanya, berikakanlah rezeki kepada kami dengan berpuasa dan shalat, anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan kesungguhan serta kesiapan, lindungilah kami dari fitnah.”


Telah kita ketahui beberapa hari lagi menjelang, tibalah bulan Ramadhan. Adakah kita sudah bersedia untuk Ramadhan pada tahun ini? adakah kita sudah membuat checklist amalan kita?


contoh list amalan pada bulan Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini hanyalah sekali sahaja setahun. Ia datang ibarat turunnya kepingan emas dari langit selama 30 hari tanpa henti. Adakah kita hanya ingin menangguk dagu sahaja? Sudah tentu kita akan melakukan sesuatu untuk meraihnya, bukan? Sebab apa saya katakan begitu kerana bilah-bilah hari kehidupan kita sebenarnya semakin sedikit dari sehari ke sehari, kita tidak tahu detik bila kematian kita. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita. Ayuh jangan lepaskannya!
Rasulullah sememangnya sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Baginda tidak akan membiarkan umatnya terkapai-kapai dalam lembah kejahilan. Sudah tentu ada panduan dan pedoman yang diselitkan terutamanya dalam mengecap kemanisan Ramadhan.
Pertama, awasi dirimu agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu.Andai dulu solat fardhu dilewatkan tapi kini disegerakan ,andai dulu zakat dilupakan tapi kini hadir sebagai penyumbang budiman.Andai dulu puasa ditinggalkan namun kini dicukupkan kiraan.

Kedua, perbanyakkanlah olehmu amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat.Jadikanlah di bulan ini titik mula perubahan. Bila lagi kita ingin bergerak ke arah satu dimensi yang lebih indah iaitu di bawah payung mahabbah Allah.Oleh itu, jadikanlah kitabul Quran sebagai peneman, Qiamullai itu sebagai rutin harian, zikir kepada Allah sebagai bualan dan amalkan sedekah yang berterusan.

Ketiga,hindari dirimu ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan. Jagalah hati daripada dikotori, kerana ia adalah raja. Jagalah mata daripada dosa, kerna ianya pemula nestapa. Jagalah mulutmu daripada umpat dan cela kerna ianya punca bahaya. Jangan sesekali kita biarkan anggota kita melakukan maksiat, kerana ianya hanyalah pinjaman. Bila- bila sahaja nikmat ini boleh ditarik. Janganlah kalian berasa hairan kerana ia bukan milik kita yang hakiki tetapi ianya adalah milik Allah yang abadi.

Keempat, elakkanlah dirimu daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya. Misalnya, mendedahkan rongga-rongga anggota badan yang terbuka kepada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti lubang mulut, telinga, hidung dan dubur. Ketika berkumur awasilah jangan berlebih sehingga tertelan.

Terakhir, di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas. Ucaplah SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, sebagai tanda kehambaan. Alangkah banyaknya nikmatmu kenapa ramai manusia yang  masih buta akal dan mata hatinya. Daripada penciptaan manusia hinggalah kejadian cakerawala. Daripada ciptaan laut yang luas terbentang hinggalah gunung yang dipasakkan. Andai kita mengkaji kita akan mengerti, semakin kita belajar semakin kita melihat Allah itu maha besar. Namun satu persoalan yang masih belum terlerai. Mengapa Masih Ada Manusia Yang Mendustakan?
Pada bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita kearah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah. Jika sebelumnya kita seorang yang mudah terbakar namun selepasnya kita menjadi seorang yang sabar, jika sebelumnya kita seorang yang kedekut tetapi selepasnya segala sumbangan kita sambut, dan jika sebelumnya kita seorang pembuat maksiat namun selepasnya kita menjadi seorang ahli ibadat. Semoga perkongsian ini mampu menjana usaha kita ke arah memperoleh kemanisan Ramadhan. Semoga kita juga dapat lakukan ibadah secara istoqamah bukan sahaja pada bulan Ramadhan. Alangkah indahnya Ramadhan jika begini.

p/s: Jangan lupa untuk niat puasa...



~Nantikan program Ramadhan yang akan dijalankan oleh Binnadwah~

BINNADWAH JMTI 2012

Tuesday, 10 July 2012

Iktibar daripada kisah Nakhoda Manis versi Moden

BINNADWAH JMTI 2012.




Nakhoda Manis ?
Anda pasti tertanya-tanya..
Pahlawan Melayu mana pula ni..
Bukan, bukan pahlawan Melayu.
Kisah si Nakhoda Manis ni, persis-persis seperti kisah Si Tanggang ataupun Malin Kundang.
Anda kenal mereka berdua?
Pasti kenal bukan.
Walaupun peristiwa ini berlaku di beberapa tempat berbeza. Seperti contoh, Si Tanggang di Bukit Treh Muar , Malin Kundang di Bukit Tinggi Indonesia dan Nakhoda Manis di Brunei…
namun, persamaan kisah ini membuktikan bahawa di bumi manapun anda berpijak, hatta di hemisfera utara sekalipun, kisah si anak derhaka ini pasti akan kedengaran. Jika bukan anda gerangannya, mungkin orang lain. Jika bukan orang lain, takut-takut …….
minta dijauhkan. Naudzubillah !
Lalu, sebagaimana mestinya kisah-kisah seperti ini berlaku pada zaman moden ?
Kisah Si Tanggang, Malin Kundang dan Nakhoda Manis versi moden
Mungkin zaman ini, belum pernah lagi kelihatan manusia disumpah menjadi batu, dek kerana kederhakaan mereka kepada kedua ibu bapa.
Belum juga pernah kelihatan harta-harta mereka disumpah menjadi batu ataupun segala macam jenis batu galian, rumah batu mungkin. Tetapi…
Kisah Si Tanggang versi moden ini sememangnya lebih dasyat berbanding dahulu. Usahlah saya sebutkan kisah-kisah kederhakaan yang besar-besar, cukuplah kadar yang kecil-kecilsahaja. Supaya kita tahu, bahawa, itu sebenarnya salah dan perlu dijauhi.
Cuba kita tanyakan persoalan ini ke dalam diri kita ?
1) Orang yang membuat ayah ibunya menangis, apakah ia mengasihi mereka ?
2) Anak gadis yang membuat ayah ibunya sesak dada dan sakit hati, apakah ia mengasihi mereka ?
3) Orang yang sering gagal dalam peperiksaan , apakah ia mengasihi ayah ibunya saat dia masih lagi bermalasan untuk belajar ?
4) Seorang anak gadis yang berjalan dan berhubungan dengan lelaki bukan muhrim, apakah ia tidak mengasihi ayahnya ? Di manakah letak kehormatan dirinya ? Tahukah dia, apa yang akan terjadi jika sang ayah mengetahui itu semua ?
5) Pernahkah kita merajuk dengan ibu dan ayah kita, lalu kita mengurungkan bilik di kamar selama beberapa hari tanda protes ? Tidakkah itu semua membuatkan ayah dan ibu kita sedih ?
6) Kerapkah kita menelefon ayah dan ibu bertanya khabar mereka di kampung. Kebiasaannya si anak pasti akan menelefon ibu dan ayah untuk ;
- meminta wang
-memberitahu musibah ataupun kecelakaan.
-minta didoakan exam
Jarang sekali, kita menelefon ayah dan ibu saat kita gembira !
Tergamakkah kita, membiarkan hati mereka resah gelisah mendengar perkhabaran yang tidak enak tentang diri kita ?
(Dr Amr Khaled : Kasih Sayang kepada Ibu Bapa)
Kisah ibu dan ayah di dalam Al Quran
Antara banyak-banyak kisah di dalam Al Quran,
Saya begitu tertarik pabila melihat akhlak Nabi Ibrahim as ketika berinteraksi dengan ayahnya. Meski ayahnya seorang kafir, beliau tetap memulai dengan kata “Ya abati (wahai ayahanda) ” ketika mahu menegur ayahnya supaya beriman kepada Allah swt (Surah Maryam : 44) . Indah sungguh bukan ?
Lalu, lihatlah bagaimana akhlak kita ketika mahu menegur kesilapan kedua ibu bapa kita ?
Maklumla, orang yang baru bergiat dalam dakwah, semuanya salah. Ini haram ! Itu Haram !
Wahai rakan, perlahan-lahan,ketergesaan itu boleh jadi fitnah pada dakwah yang akan kita bawa.
Juga kisah-kisah seperti kisah Nabi Yusof dan ayahnya Nabi Yaakob, kisah Luqman Al Hakim menasihati anaknya, kisah Nabi Isa as yang masih bayi bersama ibunya Maryam, kisah Nabi Ibrahim as bersama anaknya Nabi Ismail as dan banyak lagi. Menunjukkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan ini dipelihara dalam Islam.
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu sekali-kali mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua telah, mendidikku sewaktu masih kecil.” (al-Isra’: 23-24)

Ambillah iktibar dari pengorbanan mereka
Pagi tadi dalam perjalanan ke universiti,
Terpandang kelibat seorang ayah yang setia membonceng kedua-dua orang anak perempuannya yang masih kecil ke sekolah.
Bukan membawa kereta, tetapi motosikal. Meredah kesibukkan pagi yang sarat dengan kenderaan.
Kelihatan tangan si anak memeluk erat ayahnya. Takut mungkin. Namun, sesekali dilepaskan.
Saya tahu si ayah bimbangkan keselamatan anaknya. Dirangkul kembali tangan itu.
Sungguh, hati mana yang tidak sebak. Teringat akan ayah di kampung.
Sahabat,
Cuba seketika anda lihat sekeliling,
Anda bayangkan bagaimana jika pak cik si penjual Ice Cream itu ayah anda ?
Pak Cik si Petani itu ayah anda ? Pak Cik yang bekerja sebagai seorang buruh kasar itu ayah anda ?
Cuba bayangkan ?
Bayangkan jerih perih mereka ?
Kadangkala terpaksa bergolak gadai menjual tanah untuk menyekolahkan anakknya.
Itu baru satu kisah,
Belum disebut lagi kisah-kisah lain. Kisah si ayah yang rela dibunuh untuk menyelamatkan anaknya di Syria dan Palestin, kisah si Ibu yang memeluk erat anaknya di dalam runtuhan tanah di Jepun dan bermacam-macam lagi. Sungguh pengorbanan mereka tiada tolak taranya.
Maka, mulai saat dan detik ini, ayuh kita berazam ! Berazam untuk menjadi anak yang soleh. Supaya nanti tidak timbullah kisah
Si Tanggang 2.0 ! Malin Kundang 2.0 ataupun Nakhoda Manis 2.0 ! Yang heronya nanti adalah kita !
Wallahualam
Batu yang dipercayai Malin Kundang
ByAsyraf Farique 
http://myibrah.com/iktibar-daripada-kisah-nakhoda-manis-versi-moden


BINNADWAH JMTI 2012.

Tuesday, 26 June 2012

Kelebihan Bulan Syaaban...

Binnadwah JMTI 2012


Hari ini sudah masuk 6 syaaban. Bermakna sudah 6 hari kita lalui bulan syaaban ini. Tapi adakah kita tahu kelebihan bulan syaaban ini?? Bagi yg tidak tahu lagi, jom kita lihat kelebihan bulan syabaan ini:


Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :
Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Begitulah hebatnya ganjaran apabila kita perbanyakkan membaca selawat di bulan Syaaban.Oleh itu marilah kita sama2 mengamalkannya untuk mencari keredhaan dan keampunan Allah.




sumber maklumat dari:  http://www.esempoi.com/islam/kelebihan-bulan-syaaban/ 


Binnadwah JMTI 2012

Thursday, 9 February 2012

Kepimpinan,Perwakilan Daripada Rasulullah.. All About Maulidur Rasul


Kepimpinan,Perwakilan Daripada Rasulullah.. All About Maulidur Rasul

Fenomena kini di setiap IPTA/IPTS/ILKA di seluruh Negara , sibuk membicarakan berkenaan pilihanraya kampus. Hal ini secara jelas bertujuan memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP berfungsi sebagai mata ,telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka begitu juga unit2 lain sepanjang menuntut ilmu di IPTA/IPTS/ILKA .Hal ini bermakna pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar perlu berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus.
Kepemimpinan adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya. Dari situlah dia dapat memainkan seni kepemimpinan dengan mengadakan pendekatan-pendekatan tertentu secara individu dan secara kelompok; mengetahui bahawa sikap manusia itu berpunca daripada kepentingan diri. Maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik.
Dalam hal kepemimpinan, Islam membawakan contoh kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Itulah yang sebenarnya kepemimpinan Islam; pada diri Nabi s.a.w. terdapat contoh teladan yang baik dalam segala hal kehidupan manusia.
PENDEKATAN KEPIMPINAN
Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan pendekatan individu dan pendekatan kelompok dalam memimpin. Dia selalu menyamakan dirinya dengan orang lain. Jika o0rang lain susah, dia juga susah seperti mereka. Apabila bertemu dengan kelompok dia menonjolkan kegembiraan: setiap kelompok yang ditemunya digembirakan terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan catatan nasihat atau permintaan. Dia mengadakan variasi bila menghadapi kelompok yang berlainan: pelajar, ulamak, orang-orang miskin, orang-orang kaya, wanita, kanak-kanak dan sebagainya. Perbicaraan dibawa ke arah mereka. Dengan demikian terasa bahawa kehadiran mereka diperlukan.
Berdasarkan contoh itu, pemimpin perlu mengetahui keadaan agar dia boleh menjadi pemecah masalah. Pemimpin tidak boleh sekali-kali mematahkan semangat tetapi harus selalu menggembirakan.
Walaupun orang yang dipimpin itu melakukan kesalahan, pemimpin perlu menggunakan kebijaksanaan agar dia tidak kecewa tetapi sebaliknya timbul keinginan untuk berbuat yang lebih baik lagi.
Dalam keadaan yang lain pula, pemimpin perlu menitikberatkan pengabdian. Dia harus suka memberi dan kurang suka menerima. Ini memerlukan keikhlasan. Dengan melihat sifat baik yang seperti ini berterusan, banyak orang yang akan mengakuinya. Prestasinya meningkat. Dia dipercayai. Kewibawaannya akan bertambah. Dari sini dia lebih mudah menjalankan kepemimpinannya. Orang akan senang mengikutnya. Dalam masa yang sama harus diingat bahawa mengajak ke arah kebaikan itu lebih berkesan dengan perbuatan. Pemimpin sebagai orang yang paling menonjol selalu diperhatikan. Perbuatannya meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan orang yang dipimpinnya.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah dengan melakukan sesuatu lebih baik daripada orang lain. Dia menyuruh orang lain sembahyang lima kali sehari, sedangkan dia sendiri berbuat lebih daripada itu. Dia menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan dia saban hari berpuasa. Keberhasilan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. terletak pada sekurang-kurangnya empat perkara:
  1. Memimpin dengan berbuat, tidak cuma bercakap. Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.
  2. Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang utama. Nabi Muhammad s.a.w. mampu menjadi kaya tetapi dia tidak ingin kepada kekayaan; dia lebih suka sama dengan orang-orang yang dipimpinannya.
  3. Penggunaan pendekatan yang tepat: cara inividu dan cara kelompok.
  4. Ketiadaan benteng pemisah: tidak ada sekatan antaranya dengan orang ramai. Suasanan kekeluargaan dan persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.

 

Begitu jugalah kepada seorang pemimpin Islam: sekurang-kurangnya empat perkara itu patut ada pada dirinya. Dalam pada itu harus pula diingat tentang prinsip umum Islam: apabila melaksanakan kepemimpinan ini, keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi perlu dipelihara. Jika satu dipentingkan manakala yang satu lagi dibiarkan runtuh, kehancuran akan terjadi. Islam bukanlah terletak pada ciri-ciri Islam semata-mata. Untuk apa ciri kalau pada pelaksanaannya tidak mencerminkan keislaman.
Orang-orang Barat menganggap Nabi Muhammad s.a.w. berhasil dalam kepemimpinannya kerana prinsipnya mencakupi keduniaan; terdapat perseimbangan dan pengaturan yang baik antara material dan spritual.
Dua ajaran dari Barat tidak sedemikian. Karl Marx berpegang bahawa kesejahteraan itu bergantung kepada pemenuhan keperluan perut. Sigmund Freud pula mengatakan kesejahteraan bergantung kepada pemuasan nafsu, terutamanya nafsu seks. Pegangan-pegangan ini berbeza dengan ajaran Islam. Dalam Islam kebahagiaan adalah hasil daripada mengikuti ajaran Allah dan Rasulnya. Kebahagiaan adalah sesungguhnya spritual, dan material merupakan keperluan. Kedua-duanya mempunyai hubungan yang rapat. Bagaimana akan bahagia kalau keperluan tidak dipenuhi? Dan seperti yang nyata sekarang, jika cuma keperluan material sahaja yang dipenuhi, sedangkan keperluan spiritualnya terbiar, kebahagiaan tidak diperolehi.
KESIMPULAN
Justeru, tidak syak lagi,pilihanraya kampus (PRK) sepatutnya menjadi medium yang sesuai untuk melatih guru pelatih menghayati sifat kepimpinan Rasulullah. Tempoh masa berkempen seharusnya digunakan sepenuhnya oleh calon-calon untuk berkempen bagi menerangkan manifesto dan gagasan mereka sebenarnya sesuai dengan lunas keadilan Islam. Maka seharusnya pengundi jangan hanya menilai calon-calon yang bertanding melalui poster hitam putih dan sedikit manifesto berbentuk tulisan yang dilampirkan bersama.nilailah mereka melalui peribadi, pergaulan serta penghayatan yang sebenar kepada nilai-nilai Islam.
Hal ini supaya pemimpin yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan telus serta mampu menggerakkan organisasi seoring dengan kehendak semasa tanpa sedikit pun lari dari landasan Islam. Kiranya criteria pemilihan ini dipandang enteng, ditakuti pemimpin yang dipilih nanti hanya menjadi ‘pemimpin kangkung’ yang hanya timbul dan menampakkan muka hanya semasa musim pilihanraya.Walhal sebelum ini mereka tidak dikenali langsung sebagai mereka yang aktif dan layak digelar sebagai pemimpin.

Thursday, 19 January 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Binnadwah JMTI 2012

"PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
Aktiviti akan datang Sambutan Maulidur Rasul Peringkat JMTI 2012/1433H..Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang minggu tersebut rebut peluang keemasan ini!!


               Jom Countdown Maulud Nabi !







Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman

Binnadwah JMTI 2012